Assalammualaikum.
Had been thinking about this one issue, tunggu masa je nak update, and tiba tiba Faizah bagi tazkirah pasal issue ni dekat group whatsapp kitorang. Okay, so here we go, bismillah.
*Kawan Uia aku, jangan terasa ya, not to point anybody, sekadar cerita untuk kita muhasabah sama sama*
Okay, straight to the point, apa yg aku nak sampaikan ialah 3 isu utama. AURAT, AKHLAK dan IKHTILAT. Hari tu aku tweet benda ni. And aku dapat respond dari cik faridah. Meh lah ha aku printscreen sikit.
Kenapa aku cakap aurat dan akhlak itu dua perkara berbeza. Kerana, mengikut pengalaman, ada orang yg sangat menjaga auratnya, tapi tidak menjaga hubungan sesama manusia. Hubungan dengan Allah memang dia pentingkan, tapi tidak dengan manusia. And tadi Faizah share something, pakai tudung labuh, tapi ambik gambar sakan dengan boyfriend. Like ? :0 Kenapa. And ikut pengalaman di uia jugak, ada org pakai tudung labuh lagi sakan berkemban, kalah org yg pakai tudung pendek. Like kenapa ? :0 Hubungan dengan manusia tu, em, banyak lah kes. Malas pulak aku nak cerita kat sini.
Okay, mula mula sekali kan. Aku bukan nak cakap, orang pakai tudung labuh tu KENA sempurna. Kena jadi mcm angel. Thats why aku cakap aurat dan akhlak itu berbeza. Kiranya orang yg bertudung labuh ni, dia dah settle bab aurat. Bab aurat yg wajib untuk dia jaga, dia dah settle dah, tapi akhlak, kena check balik.
Kerana itu, suka lah untuk aku ingatkan, kalau nak tgk akhlak perempuan, jangan lah judge ikut labuh tudungnya sahaja. Duduk lah dengan dia, bergaul lah dengan dia, bermusafir lah dengan dia. Nanti baru tahu dia jenis orang yg macam mana. Nampak tak? Aurat dan akhlak itu benda yg berbeza. Tetapi kedua duanya jatuh dalam satu bumbung yang sama, iaitu ikhtilat.
Image taken from Google.
Bab ikhtilat kann. Haaa. Ni pun aku nak share jugak. Dekat uia, ikhtilat adalah satu isu yg diambil berat. Dijaga. Susah kau nak jumpa lelaki perempuan lepak lepak tanpa hala tujuan, bergurau lebih lebih, bertepuk tampar. Ada, tapi jarang. Jumpa masa meeting, masa program.
And mcm bersyukur jugak lah, aku diletakkan di suatu tempat yg menjaga semua benda ni. Ada lelaki tu kan, aku kalau bercakap, memang tak pandang. Dah mcm cakap dengan lantai pun ada. Wa buat lek jeee. Okay lah tu. Kira dia jaga lah. Lower your gaze kan kata orang. Tapi sayang, seribu kali sayang. Ada orang yg menjaga ikhtilat hanya di alam realiti, tidak di alam maya.
Kalau real life, kau tgk dia cakap dengan perempuan pun, mcm tak pernah. Tapi di alam maya, dia lah yang paling sakan. I experienced this myself. Orang yg aku sangat respect. Aku ingat dia mempunyai kefahaman yg cukup, tapi sayang, sakan ber message, whatsapp, line, wechat, pm facebook dengan perempuan. Sejak tu, aku tak nak dah menilai manusia secara zahir sahaja. Hilang respect aku. Kecewa.
Conclusion. Stop being judgemental. Berhentilah, judge manusia mengikut luaran saahaja. Isu tudung labuh tadi, ya tudung labuh itu bagus, terlalu bagus, dan ianya perlu diimplementasikan melalui akhlak yg juga bagus. Bak kata kawan aku, lemunk, dia pakai tudung labuh, untuk prevent dia buat benda benda yg tak bagus. Yang tak patut. And bak kata dia juga, kes orang yang bertudung labuh, TAPI ambek gambar sakan dengan boyfriend, jadinya suruh dia stop post gambar dengan boyfie, BUKAN SURUH DIA PAKAI TUDUNG PENDEK. Faham anak anak ? ;)
Setiap orang jalan jihad kita berbeza beza. Kita sendiri tahu, apa yang payah sangat untuk kita tinggalkan, walaupun kita tahu benda tu tak baik untuk kita. Ada yg berjuang untuk menjaga akhlaknya, ada juga yang berjuang, bertatih menyelesaikan isu auratnya, dan ada juga orang yg merasakan payahnya nak menjaga ikhtilat. Jadinya, teruskan lah berjihad, mengikut jalan masing masing, tidak kisah lah se perlahan mana, asalkan kita keep on moving. Kerana setiap usaha kita, Allah nilai ;)
1 comment:
Wah feyfey,artikel yg sgt bagus :D
Post a Comment