everyone wants happiness, no one wants pain, but you can't have a rainbow, without a little rain :) - unknown

Tuesday, January 28, 2014

Zon selesa



Diri yang mudah lupa,
Yang kadang kadang perlu diketuk juga,
Perlu diuji juga, mungkin kadang kadang perlu dilambung lambung,
Keluar dari zon yang terlalu selesa,
Untuk terus kekal bermujahadah di jalan Dia.

Pernah tak rasa malu dengan Allah ?
Tatkala Allah masih memberi,
Walaupun kita mengkhianati :(



'' Aku ingin mencintaiMu, 
setulusnya, 
sebenar benar aku cinta, 
dalam doa, 
dalam ingatan, 
dalam setiap langkahku.

Aku ingin mendekatiMu, 
selamanya, 
sehina apapun diri ku, 
ku berharap, 
untuk bertemu denganMu, 
Ya Rabbi ''

- Lyric
Edcoustic, Aku Sangat MencintaiMu




Siapalah kita kan, bila kita menganggap amalan kita, ibadah kita,
Sudah cukup untuk kita ke syurga.

Walaupun hati kita berbisik, kita masih tidak layak,
Tatkala diri kita masih lagi sedar, bahawa kita tidak layak ke syurga, 
Tapi mengapa ya, mengapa, amal kita, perlakuan kita, seolah olah kita sudah layak ke sana ? T__T Allahu.