everyone wants happiness, no one wants pain, but you can't have a rainbow, without a little rain :) - unknown

Tuesday, January 28, 2014

Zon selesa



Diri yang mudah lupa,
Yang kadang kadang perlu diketuk juga,
Perlu diuji juga, mungkin kadang kadang perlu dilambung lambung,
Keluar dari zon yang terlalu selesa,
Untuk terus kekal bermujahadah di jalan Dia.

Pernah tak rasa malu dengan Allah ?
Tatkala Allah masih memberi,
Walaupun kita mengkhianati :(



'' Aku ingin mencintaiMu, 
setulusnya, 
sebenar benar aku cinta, 
dalam doa, 
dalam ingatan, 
dalam setiap langkahku.

Aku ingin mendekatiMu, 
selamanya, 
sehina apapun diri ku, 
ku berharap, 
untuk bertemu denganMu, 
Ya Rabbi ''

- Lyric
Edcoustic, Aku Sangat MencintaiMu




Siapalah kita kan, bila kita menganggap amalan kita, ibadah kita,
Sudah cukup untuk kita ke syurga.

Walaupun hati kita berbisik, kita masih tidak layak,
Tatkala diri kita masih lagi sedar, bahawa kita tidak layak ke syurga, 
Tapi mengapa ya, mengapa, amal kita, perlakuan kita, seolah olah kita sudah layak ke sana ? T__T Allahu.




Monday, December 30, 2013

Bahagia, yang datang dari Dia :')




Terlalu banyak perkara baru saya belajar sem ni.

Melalui manusia, melalui ujian, melalui nikmat. 

Dan merasakan kebahagiaan dalam hati, hanya Dia yang tahu. 

Nak cerita semua, tak cukup 5, 6 page. Heeeeee.

Terima kasih Allah, atas perasaan ini, atas kebahagiaan yg kita sendiri rasa, kebahagiaan dalam kepayahan, kebahagiaan dalam ujian, kebahagiaan dalam berukhwah, kebahagiaan dalam kurniaan nikmat yang tak terkira banyaknyaaaaaa. Aaaaaaaaaaaa :'))))











Ini baru kebahagiaan dunia. Bagaimana hati, terlalu mengimpikan, kebahagiaan paling abadi. Bila mana kita boleh bersama sama dengan semuaaaaa org yang kita sayang, di dalam syurga kelak. Kebahagiaan yang kekal selama lamanya ;) MasyaAllah, indahnya kan ? ^^



*Exam week, doakan sikit >.<




Thursday, September 5, 2013

Manisnya cinta Allah. Hanya hati kita yang tahu ;)



Cuti kali ni, banyak sangat peristiwa, yg buat hati sendiri berbisik, ''sayangnya Allah dekat aku''. Dan bahagianya hati, bila merasakan cinta Allah, hanya Allah yang tahu. Bahagianya bila merasakan, cukuplah Allah bagi kita. 



'' Andai gula tahu betapa manisnya cinta, pasti ia tersipu kerana manisnya tidak seberapa '' - Jalaluddin Rumi



Cinta itu terlalu indah, diberikan oleh Allah yang Maha Indah :') Moga Allah kuatkan hati hati kita, untuk merasakan kehadiran Dia, di setiap denyut nadi kita, di setiap hela nafas kita. Kerana Allah itu dekat, lebih dekat dari urat leher kita. 

Selamat berjuang, selamat meneruskan perjuangan sem baru, yg pastinya lebih sibuk, tapi tidak mengapa, Allah kan ada, kita kan sedang berjihad menuntut ilmu, mestilah Allah tolong kan ;)


Moga hati kita istiqamah mengejar kemanisan cinta Nya, walau sesibuk mana pun kita, insyaAllah ;) 


Monday, August 26, 2013

Aurat, akhlak dan ikhtilat.


Assalammualaikum. 


Had been thinking about this one issue, tunggu masa je nak update, and tiba tiba Faizah bagi tazkirah pasal issue ni dekat group whatsapp kitorang. Okay, so here we go, bismillah. 

*Kawan Uia aku, jangan terasa ya, not to point anybody, sekadar cerita untuk kita muhasabah sama sama*



Memandangkan aku duduk uia kan, so mcm aku dikelilingi org org yg bertudung labuh, alhamdulillah. Sejuk mata memandang. Dan disebabkan mereka mereka di sekeliling yg begitu memberi inspirasi, sedikit demi sedikit, kita pun jadi mcm, em, nak try ah pakai socks pergi lecture. Bila dah try, em, okay je, takde la susah mana pun. Things like this laa, yg buat aku rasa bersyukur sangat sangat. Cara Allah mentarbiyah aku, dengan cara yang sangat indah. Takde orang pernah pakse aku, ''feyna, pakai lah socks, wajib kan tu''. It comes naturally. Thank you Allah. Sebab Allah pun tahu aku susah sikit ditegur, perlu kena pada caranya ;)


Okay, straight to the point, apa yg aku nak sampaikan ialah 3 isu utama. AURAT, AKHLAK dan IKHTILAT. Hari tu aku tweet benda ni. And aku dapat respond dari cik faridah. Meh lah ha aku printscreen sikit.





Kenapa aku cakap aurat dan akhlak itu dua perkara berbeza. Kerana, mengikut pengalaman, ada orang yg sangat menjaga auratnya, tapi tidak menjaga hubungan sesama manusia. Hubungan dengan Allah memang dia pentingkan, tapi tidak dengan manusia. And tadi Faizah share something, pakai tudung labuh, tapi ambik gambar sakan dengan boyfriend. Like ? :0 Kenapa. And ikut pengalaman di uia jugak, ada org pakai tudung labuh lagi sakan berkemban, kalah org yg pakai tudung pendek. Like kenapa ? :0 Hubungan dengan manusia tu, em, banyak lah kes. Malas pulak aku nak cerita kat sini. 

Okay, mula mula sekali kan. Aku bukan nak cakap, orang pakai tudung labuh tu KENA sempurna. Kena jadi mcm angel. Thats why aku cakap aurat dan akhlak itu berbeza. Kiranya orang yg bertudung labuh ni, dia dah settle bab aurat. Bab aurat yg wajib untuk dia jaga, dia dah settle dah, tapi akhlak, kena check balik. 


Kerana itu, suka lah untuk aku ingatkan, kalau nak tgk akhlak perempuan, jangan lah judge ikut labuh tudungnya sahaja. Duduk lah dengan dia, bergaul lah dengan dia, bermusafir lah dengan dia. Nanti baru tahu dia jenis orang yg macam mana. Nampak tak? Aurat dan akhlak itu benda yg berbeza. Tetapi kedua duanya jatuh dalam satu bumbung yang sama, iaitu ikhtilat.







Image taken from Google.


Bab ikhtilat kann. Haaa. Ni pun aku nak share jugak. Dekat uia, ikhtilat adalah satu isu yg diambil berat. Dijaga. Susah kau nak jumpa lelaki perempuan lepak lepak tanpa hala tujuan, bergurau lebih lebih, bertepuk tampar. Ada, tapi jarang. Jumpa masa meeting, masa program. 


And mcm bersyukur jugak lah, aku diletakkan di suatu tempat yg menjaga semua benda ni. Ada lelaki tu kan, aku kalau bercakap, memang tak pandang. Dah mcm cakap dengan lantai pun ada. Wa buat lek jeee. Okay lah tu. Kira dia jaga lah. Lower your gaze kan kata orang. Tapi sayang, seribu kali sayang. Ada orang yg menjaga ikhtilat hanya di alam realiti, tidak di alam maya. 


Kalau real life, kau tgk dia cakap dengan perempuan pun, mcm tak pernah. Tapi di alam maya, dia lah yang paling sakan. I experienced this myself. Orang yg aku sangat respect. Aku ingat dia mempunyai kefahaman yg cukup, tapi sayang, sakan ber message, whatsapp, line, wechat,  pm facebook dengan perempuan. Sejak tu, aku tak nak dah menilai manusia secara zahir sahaja. Hilang respect aku. Kecewa. 


Conclusion. Stop being judgemental. Berhentilah, judge manusia mengikut luaran saahaja. Isu tudung labuh tadi, ya tudung labuh itu bagus, terlalu bagus, dan ianya perlu diimplementasikan melalui akhlak yg juga bagus. Bak kata kawan aku, lemunk, dia pakai tudung labuh, untuk prevent dia buat benda benda yg tak bagus. Yang tak patut. And bak kata dia juga, kes orang yang bertudung labuh, TAPI ambek gambar sakan dengan boyfriend, jadinya suruh dia stop post gambar dengan boyfie, BUKAN SURUH DIA PAKAI TUDUNG PENDEK. Faham anak anak ? ;)


Setiap orang jalan jihad kita berbeza beza. Kita sendiri tahu, apa yang payah sangat untuk kita tinggalkan, walaupun kita tahu benda tu tak baik untuk kita. Ada yg berjuang untuk menjaga akhlaknya, ada juga yang berjuang, bertatih menyelesaikan isu auratnya, dan ada juga orang yg merasakan payahnya nak menjaga ikhtilat. Jadinya, teruskan lah berjihad, mengikut jalan masing masing, tidak kisah lah se perlahan mana, asalkan kita keep on moving. Kerana setiap usaha kita, Allah nilai ;)