everyone wants happiness, no one wants pain, but you can't have a rainbow, without a little rain :) - unknown

Saturday, December 1, 2012

Mereka memerlukan kita


Assalammualaikum.

Hari ni ada benda sikit nak share dengan korang :)

Semoga dengan usaha ringan ni, at least, tergerak sedikit hati kita, untuk bangun, bangun dari tidur yg lena.



 " Gelaran mahasiswa bukan sebarang gelaran. Di dalamnya tersembunyi NILAI AKAL YANG TINGGI dan NILAI BUDI YANG INSANI.

Dengan akal yang tajam, mereka dapat menilai menggunakan HIKMAH, dan dengan lidah yang mahir, mereka dapat berbicara BAHASA UMMAH "
- Madam Martinelli Hashim.


Tahukah anda, ummah di luar sana sangat memerlukan kita ? 


Hari ini, semua orang nampaknya begitu cakna dengan isu palestine. Alhamdulillah, sekurang kurangnya, kita tahu, kita peka, kita celik dengan apa yg berlaku. 


Tapi hari ini, mungkin kita tak nampak dengan mata kasar. Mungkin kita terlepas pandang. Tapi permasalahan yg lebih parah, berlaku di sekeliling kita. Kita mungkin tidak diserang dengan gemparan bom, kita tidak diserang dengan puluhan peluru berpandu, rumah kita tidak dibakar, keluarga kita tidak dibunuh oleh musuh musuh Islam.


Tapi apa yg berlaku ialah, ialah apabila terhakisnya sikap kemanusiaan itu sendiri. Perkara yg dulunya tidak biasa, tapi kini menjadi budaya. Tahukah kita, dulu, semasa zaman Jahilliyah, orang minum arak, orang membunuh bayi perempuan, menanam mereka hidup hidup dan macam macam lagi lah, semua ini budaya, semua ini tidak dianggap pelik, pada zaman itu. Dan apabila adanya Rasulullah, maka Baginda lah yg mengubah, mengubah perkara yg biasa ini, kepada yg baru. Culture builder. Baginda pupuk budaya yg baru.







Antara sedar atau tidak, itulah yg sedang berlaku dengan masyarakat kita.  Kita baca kes buang bayi dekat paper, dah mcm baca kes demam panas. Sehingga terdetik dekat hati, 'Lahh, buang bayi lagi, takde cerita lain ke ?'


Masalah kita ialah, apabila kita berada dalam zon yg terlalu selesa. Apabila ditanya, seorang pelajar form 2, yg terlanjur, ditanya, kenapa boleh terjerumus ? Katanya, bila kawan kawan semua sibuk bercakap, "eh, kau tau tak kau seorang je yg virgin dalam kelas ni ? ". Bayangkan, bayangkan apabila isu isu begini dianggap perbualan biasa, oleh pelajar pelajar sekolah sekarang.


Itu baru satu masalah, tengok pulak isu maknyah. Korang pernah nampak tak, orang Cina, India jadi maknyah ? Ada ke orang Cina semua sibuk sibuk nak pegi Thailand, operate sana sini, cucuk silicon, nak tukar jantina. Semua org Melayu kan ? Semua orang Islam. So, boleh imagine tak mcm mana perception orang bukan Islam, terhadap orang Islam.


Itu baru krisis sosial, krisis lain, contoh, orang orang asli, mereka tidak didedahkan tentang Islam. Diorang tak tahu, mcm mana nak solat, and ada sampai anak anak mereka berbogel sepanjang masa, duit punya lah takde, even to equip their child with cloth. Baju, benda basic kan, pun takde duit. Siapa nak tolong ni ? Siapa nak ajar diorang solat ?




Mereka perlukan kita :(


Kalau tak nak pergi jauh, cukuplah kita tgk, berapa ramai org Islam yg tak solat ? Yg solat seminggu sekali, hanya di masjid ketika solat Jumaat.


JUSTERU, melihat semua masalah masalah yang takkan habis kalau kita perincikan, KITA LAH, mahasiswa, mahasiswi, org org muda mcm kita inilah, yg perlu bergerak. Pendakwah itu, bukan lah gelaran untuk ustaz ustaz, untuk ulama' ulama'. Tapi kita, student biasa, yg hari hari pergi kuliyah, juga boleh jadi pendakwah.


Macam mana nak tolong ? 


Tingkatkan pembacaan, hadirlah pelbagai majlis ilmu di mana mana. Keluarlah melihat masyarakat, rasailah denyut denyut nadi keresahan mereka. Rasionalkan keadaan, carilah penyelesaian.


Habis tu, takkan nak keluar sorang sorang ? Tiba tiba je nak pergi jumpa maknyah, tiba tiba je nak pegi nasihat orang jangan berzina. Analoginya, jika ada seekor kambing, dan segerombolan kambing, maka harimau akan lebih takut kepada yg mana ? Bergerak secara individu bukanlah jalan yg bijak, di sinilah perlunya untuk kita berjemaah.


So, the best way ialah, join society!!! (eleh, nak promote faci team lettew -,-) Okay, tak kisah lah, mungkin bukan faci team, join lah perkim ke, censerve ke, volunteer team ke, apa apa lah, yg ada dekat kolej korang, yg korang yakin, perjuangannya adalah untuk dakwah. Perjuangannya adalah untuk memberi khidmat kepada masyarakat. 


Sekadar share status di fb, itu juga dakwah, untuk mengingatkan kawan kawan lain :)
Tapi apabila kita turun padang, kira rasa bersama sama kesusahan, permasalahan ummat, itulah yg memberi kita kekuatan, untuk lebih mangabdikan diri berjihad di jalan Dia :)


" Bertebaranlah di muka bumi Allah, untuk berbuat kebajikan sebanyak banyaknya. Allah, menerusi kalamNya, meminta kita untuk keluar daripada memerap dalam bilik, supaya bangun dari kerusi yang sudah panas dek kerana terlalu lama berFacebook, atau menonton drama korea 24 episod. Bangkitlah dari tidur dan selimut yang melenakan dan bertebaranlah untuk mencapai hajat kita.  "
Brother Arif Alwan - Chief Coordinator Faci Team, Uia.



Ada org tanya aku,
"kau minat kan, kerja kerja volunteer ni." 

Ada pulak, lagi sorang, aku tanya dia, hari tu study circle discuss apa, dia cakap, 
"hm, isu Gaza, isu Palestine, kalau kau pegi, best lah kot, sebab kau kan suka isu isu ni".


Soalnya sekarang, bukan minat, ini amanah, pandang ini sebagai tanggungjawab. Di universiti, inilah proses melengkapkan diri. Medan persediaan. Hari ini, dalam kolej join society, bila grad, barulah kuat, baru lah mampu untuk join NGO. Kerana itu universiti dikatakan medan yg paling baik untuk menyiapkan diri. Kalau bukan sekarang, bila lagi ? Bila kita bina kekuatan berjihad itu dari sekarang, barulah bila grad, bila dah kerja, kekuatan itu sudah sebati dalam diri. Barulah boleh memberi sumbangan yg lebih, lebih, lebih besar.



Kita kan student, jadi semat ini dalam hati " dakwah nombor satu, tapi study bukan nombor dua ". Put them together. Get first class degree, lagi mudah untuk kita berdakwah, jadi inspirasi kepada orang lain. Yay !

.




Lihatlah dalam konteks yg besar, kita menyambung, perjuangan Rasullullah, yang disambung oleh para sahabat, tabi'i tabi'i dan para ulama. Kita adalah penerus rantai rantai perjuangan ini.


Okay korang ? Umat di luar sana, perlukan kita, mereka menantikan khidmat kita, keluarlah, bangkit lah. Tiada apa lagi yg perlu ditunggu, sebab kalau bukan kita, siapa lagi ? Kita hidup selesa, kita cukup semua makan minum, kita bersyukur dengan apa yg kita ada, dan org yg berjiwa besar, mereka akan memanifestasikan rasa syukur itu, dengan MENGINFAKKAN DIRI KE JALAN ALLAH :) 


Pssst, bisik sikit :
*Hari hari aku jalan kaki pergi kelas, nak gi library pun jalan kaki, and now, berat naik 2 kg. Nampak tak permainan dia dekat situ ?



1 comment:

bulabula:D said...

Feynaaaaaaaa eee Assalamualaikum :'D I miss you sangat sangat ! macam mana nak jumpa niiiiiiii... nak jumpaaaaa

Eleena :p