everyone wants happiness, no one wants pain, but you can't have a rainbow, without a little rain :) - unknown

Monday, August 26, 2013

Aurat, akhlak dan ikhtilat.


Assalammualaikum. 


Had been thinking about this one issue, tunggu masa je nak update, and tiba tiba Faizah bagi tazkirah pasal issue ni dekat group whatsapp kitorang. Okay, so here we go, bismillah. 

*Kawan Uia aku, jangan terasa ya, not to point anybody, sekadar cerita untuk kita muhasabah sama sama*



Memandangkan aku duduk uia kan, so mcm aku dikelilingi org org yg bertudung labuh, alhamdulillah. Sejuk mata memandang. Dan disebabkan mereka mereka di sekeliling yg begitu memberi inspirasi, sedikit demi sedikit, kita pun jadi mcm, em, nak try ah pakai socks pergi lecture. Bila dah try, em, okay je, takde la susah mana pun. Things like this laa, yg buat aku rasa bersyukur sangat sangat. Cara Allah mentarbiyah aku, dengan cara yang sangat indah. Takde orang pernah pakse aku, ''feyna, pakai lah socks, wajib kan tu''. It comes naturally. Thank you Allah. Sebab Allah pun tahu aku susah sikit ditegur, perlu kena pada caranya ;)


Okay, straight to the point, apa yg aku nak sampaikan ialah 3 isu utama. AURAT, AKHLAK dan IKHTILAT. Hari tu aku tweet benda ni. And aku dapat respond dari cik faridah. Meh lah ha aku printscreen sikit.





Kenapa aku cakap aurat dan akhlak itu dua perkara berbeza. Kerana, mengikut pengalaman, ada orang yg sangat menjaga auratnya, tapi tidak menjaga hubungan sesama manusia. Hubungan dengan Allah memang dia pentingkan, tapi tidak dengan manusia. And tadi Faizah share something, pakai tudung labuh, tapi ambik gambar sakan dengan boyfriend. Like ? :0 Kenapa. And ikut pengalaman di uia jugak, ada org pakai tudung labuh lagi sakan berkemban, kalah org yg pakai tudung pendek. Like kenapa ? :0 Hubungan dengan manusia tu, em, banyak lah kes. Malas pulak aku nak cerita kat sini. 

Okay, mula mula sekali kan. Aku bukan nak cakap, orang pakai tudung labuh tu KENA sempurna. Kena jadi mcm angel. Thats why aku cakap aurat dan akhlak itu berbeza. Kiranya orang yg bertudung labuh ni, dia dah settle bab aurat. Bab aurat yg wajib untuk dia jaga, dia dah settle dah, tapi akhlak, kena check balik. 


Kerana itu, suka lah untuk aku ingatkan, kalau nak tgk akhlak perempuan, jangan lah judge ikut labuh tudungnya sahaja. Duduk lah dengan dia, bergaul lah dengan dia, bermusafir lah dengan dia. Nanti baru tahu dia jenis orang yg macam mana. Nampak tak? Aurat dan akhlak itu benda yg berbeza. Tetapi kedua duanya jatuh dalam satu bumbung yang sama, iaitu ikhtilat.







Image taken from Google.


Bab ikhtilat kann. Haaa. Ni pun aku nak share jugak. Dekat uia, ikhtilat adalah satu isu yg diambil berat. Dijaga. Susah kau nak jumpa lelaki perempuan lepak lepak tanpa hala tujuan, bergurau lebih lebih, bertepuk tampar. Ada, tapi jarang. Jumpa masa meeting, masa program. 


And mcm bersyukur jugak lah, aku diletakkan di suatu tempat yg menjaga semua benda ni. Ada lelaki tu kan, aku kalau bercakap, memang tak pandang. Dah mcm cakap dengan lantai pun ada. Wa buat lek jeee. Okay lah tu. Kira dia jaga lah. Lower your gaze kan kata orang. Tapi sayang, seribu kali sayang. Ada orang yg menjaga ikhtilat hanya di alam realiti, tidak di alam maya. 


Kalau real life, kau tgk dia cakap dengan perempuan pun, mcm tak pernah. Tapi di alam maya, dia lah yang paling sakan. I experienced this myself. Orang yg aku sangat respect. Aku ingat dia mempunyai kefahaman yg cukup, tapi sayang, sakan ber message, whatsapp, line, wechat,  pm facebook dengan perempuan. Sejak tu, aku tak nak dah menilai manusia secara zahir sahaja. Hilang respect aku. Kecewa. 


Conclusion. Stop being judgemental. Berhentilah, judge manusia mengikut luaran saahaja. Isu tudung labuh tadi, ya tudung labuh itu bagus, terlalu bagus, dan ianya perlu diimplementasikan melalui akhlak yg juga bagus. Bak kata kawan aku, lemunk, dia pakai tudung labuh, untuk prevent dia buat benda benda yg tak bagus. Yang tak patut. And bak kata dia juga, kes orang yang bertudung labuh, TAPI ambek gambar sakan dengan boyfriend, jadinya suruh dia stop post gambar dengan boyfie, BUKAN SURUH DIA PAKAI TUDUNG PENDEK. Faham anak anak ? ;)


Setiap orang jalan jihad kita berbeza beza. Kita sendiri tahu, apa yang payah sangat untuk kita tinggalkan, walaupun kita tahu benda tu tak baik untuk kita. Ada yg berjuang untuk menjaga akhlaknya, ada juga yang berjuang, bertatih menyelesaikan isu auratnya, dan ada juga orang yg merasakan payahnya nak menjaga ikhtilat. Jadinya, teruskan lah berjihad, mengikut jalan masing masing, tidak kisah lah se perlahan mana, asalkan kita keep on moving. Kerana setiap usaha kita, Allah nilai ;)




Monday, June 10, 2013

At the age of 21, when having a boyfriend seems to be compulsory. Duhhh.




I believe, when i save my heart for someone special, Allah will grant me that special someone, who's also saving his heart for his wife. Only. 

Experiences are the best teacher, which I found, confession, dedicating things to someone we like, its just not right, something which is not blessed by Him. When you confess to people, or people confess this heart thingy to you, they are just lonely. That's all. Because, someone who's ready to marry you, he wont do this kind of stuffz, he'll see your parents directly. Yes, directly, not even tell you at first.


Read an article about this getting married things and now i understand the whole concept. Thanks to farieeee :') She's the one who sent me the article. 



Feelings of wanting someone dear to you, someone to care for you, yes it is fitrah, but trust me, when we first build a strong relationship to Allah and by the time we're giving everything to Him, whole heartedly, we let Him decide, to give us the right person at the right time. Just wait, Allah knows well how to do His job. Kita tak payah nak sibuk sibuk lah buat kerja Allah, bukankah Dia yang memegang hati hati kita dan Dia juga lah yang menyatukan hati hamba hambaNya ?



And yes, the timing is very important, we may find a right person, but maybe the time is not that right, yet. Thus, be patient, patience my dear, it means we're not ready. Belum lagi masanya.


Do our role as a khalifah first, we say, we want to have a soleh husband, ''ohh masyaAllah teringinnya nak kahwin dgn lelaki cukup ilmu agama''- we say. But where's our part to men'solehah' kan diri at first ?? 


Saturday, April 6, 2013

T Garden




Hari ni ada proses berkebun sikit dekat Uia. Boleh tahan seronok :D
Ramai jugak RX11 yang join, ingat kan pemalas pemalas semuanya, rajin rajin belaka rupanya, hewhew :p




“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”Surah Al Israa’ : Ayat 44



Perasan tak ada foreigner sorang ? Its kinda impressive, bila dia boleh tahan excited and interested to do thids kind of gardening thingy :)


*For more photos, boleh lah tengok insta kiteww. Heeee.


*Selamat mengundi kawan kawan yg dah cukup umur, bak kata kawan aku, boleh lah kita mula berdoa, supaya dapat kerajaan yang baik, dapat pemerintah yang baik. Define 'baik' betul betul :)

*Teringin sangat sangat untuk melihat Islam dilaksanakan secara syumul di Malaysia 0.0



Eyes, heart and soul :)


Beberapa perkara berlaku kebelakangan ini.
Memujuk hati untuk berlapang dada.


Hati masih terlalu bersyukur dengan kurniaan orang orang hebat di sekeliling,
yang membuatkan senyuman sentiasa dipamer,
bila mana sentiasa ada mereka mereka ini untuk meluah kegembiraan
meluah kesedihan,
Am just too grateful, what else should I ask for ? :)



*found this somewhere on facebook*


And Allah, give me a soul that never loses faith.

Dalam kepayahan menuntut ilmu,
kerana jalan ini sememangnya bukan mudah,
lagi lagi sifat malas yang akhir akhir ini kerap kali datang menjengah -.-
walaupun sepayah mana, selelah mana, moga Dia menguatkan jiwa jiwa kita,
menguatkan semangat semangat kita,
dan yang paling utama, 
supaya kita meletakkan Dia di tempat yang paling tinggi dalam hati kita.

kita tidak berjuang seorang diri,
kerana adanya Dia yang sentiasa menemani :)